Aktiviti Akan Datang...

1. Perhimpunan Bulanan 1/2010 (6 Januari 2010) -telah dilaksanakan
2. Slot Pengisian Bersama KJ HEP (13 Januari 2010) -telah dilaksanakan
3. Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan Pengarah (12-14 Januari 2010) -telah dilaksanakan
4. Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI Ambilan Januari 2010 (18 Januari 2010) -telah dilaksanakan
5. Majlis Perasmian MPPB KPLI Januari 2010 (18-22 Januari 2010)
6. Malam Kebudayaan MPPB KPLI Januari 2010 (20 Januari 2010) -telah dilaksanakan
7. Majlis Penutupan MPPB KPLI Januari 2010 (22 Januari 2010) -telah dilaksanakan
8. Slot Pengisian Bersama Jabatan PJK (27 Januari 2010)

Rabu, Ogos 19, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52





S

ambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke-52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
*(Venue sambutan diubah ke Perkarangan Parlimen Malaysia)


Melalui kesempatan ini, JPP IPGM Kampus Rajang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan juga kepada semua warga IPGM Kampus Rajang khasnya.


Selamat Bercuti & Selamat Menjalani Ibadah Puasa



Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua...

Seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan dalam beberapa hari sahaja lagi. Masa berputar umpama kilat. Pejam celik, pejam celik, berakhir sudah pertengahan semester yang kedua bagi sesi tahun 2009.

Di kesempatan ini, seluruh warga JPP IPGM Kampus Rajang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua guru pelatih, staf dan juga warga IPGM Kampus Rajang yang beragama Islam.

Demikian, cuti pertengahan semester kedua pun bermula. Selamat bercuti juga diucapkan kepada semua rakan guru pelatih. Diingatkan semua rakan guru pelatih agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang cuti ini.

Semangat Merdeka!

Khamis, Ogos 13, 2009

Selamat Menjalani PBS..


Kami, seluruh warga IPGM Kampus Rajang ingin mengucapkan Selamat Menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) kepada semua guru pelatih KPLI Ambilan Jun 2009 yang akan menjalani PBS pada 10-21 Ogos 2009, PISMP Semester 2 (PISMP Pengajian Sosial & PISMP Pra-Sekolah) yang akan menjalani PBS pada 17-21 Ogos 2009 dan tidak lupa juga kepada PISMP Semester 4 (PISMP PJ & PISMP PSV) yang akan menjalani PBS pada 31 Ogos - 4 September 2009. Semoga berjaya dalam menjalani PBS anda.

-Guru Pembina Negara Bangsa-

Ahad, Ogos 09, 2009

Kursus Kejurulatihan Bola Tampar Kebangsaan Tahap 1

Para Instruktur dan peserta Kursus Kejurulatihan Bola Tampar Kebangsaan Tahap 1 bergambar bersama-sama dengan YBhg. En. Mohamed Rahmat b Md Yasin, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang sejurus selesainya Majlis Perasmian.

Jabatan PJK IPGM Kampus Rajang dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah mengelolakan satu kursus Kejurulatihan Bola Tampar Kebangsaan di IPGM Kampus Rajang pada 6-9 Ogos 2009 yang lalu.

3 orang instruktur yang dibawa khas dari MAVA untuk mengendalikan kursus ini ialah En. Tan Kiat Keong (Ketua Instuktur BPG/MAVA), En. Chieng Kai Siew (Instruktur MAVA) dan Dr. Ong Kong Swee (Instruktur BPG/MSN). Kursus kejurulatihan yang diadakan selama 4 hari ini telah mendapat penyertaan daripada 52 orang peserta yang terdiri daripada guru pelatih (PISMP PJ, KPLI PJ dan Gerko Bola Tampar) dan seorang guru sekolah menengah.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peraturan-peraturan serta undang-undang permainan bola tampar kepada guru-guru pelatih khasnya dan seterusnya dapat membimbing mereka agar menjadi seorang jurulatih bola tampar yang baik dan berkesan.

Majlis Perasmian kursus kejurulatihan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang, Encik Mohamed Rahmat b. Md Yasin pada 6 Ogos 2009 dan Majlis penutupan pula disempurnakan oleh Dr. Ong Kong Swee selaku wakil pengarah IPGM Kampus Rajang merangkap KJ PJK IPGM Kampus Rajang. Selamat Maju Jaya.

Refleksi Sepanjang Mengikuti Pelayaran KLD Tunas Samudera Voyage 237/09



Sepanjang mengikuti program pelayaran bersama KLD Tunas Samudera siri 237/09 ini, saya telah melalui pelbagai pengalaman yang berharga, tidak kurang juga pengalaman yang manis dan tidak kurang juga pengalaman pahit yang sukar dilupakan. Pengalaman berlayar selama 10 hari bersama-sama rakan pelatih dan juga krew-krew kapal telah banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar, dimana hidup ini adalah saling memerlukan dan semangat kekitaan itu amat penting dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah.

Melalui pelayaran ini juga, saya dapat mengenali diri saya sendiri secara lebih dekat dan mendalam. Melalui pengalaman ini, saya dapat mengetahui apakah kekuatan dan juga kelemahan diri saya yang sebenarnya. Antara kekuatan saya yang telah saya ketahui semasa mengikuti pelayaran ini adalah saya senang menyesuaikan diri dalam pergaulan dan persekitaran. Pendek kata, saya lebih kepada sikap fleksibel dalam pergaulan dan persekitaran. Saya menyedari bahawa kita perlu mengadaptasikan diri terhadap persekitaran, bukannya membiarkan persekitaran menguasai kita. Walaupun saya merupakan satu-satunya pelatih yang berbangsa Cina dan juga berasal dari Sarawak, latar belakang itu tidak menghalang saya dari bergaul dan bersosial dengan pelatih-pelatih lain dengan lebih dekat dan malah lebih mesra lagi. Malah saya dapat merasakan semangat bangsa Malaysia itu semakin menebal di antara kami, sekaligus mengikis sikap buruk prasangka terhadap satu sma lain. Sepanjang pelayaran juga, saya tidak pernah berasa terasing dan disisihkan kerana suasana dan budaya bertegur sapa, kasih sayang, menghargai orang lain serta amalan kerjasama itu sentiasa dipraktikkan semasa berada di dalam kapal.

Mengharungi cabaran lautan bersama KLD Tunas Samudera juga benyak mengajar saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya. Kalau dahulu saya tidak dapat mengawal emosi dengan baik, kini secara tidak langsung saya dapat mengawal emosi saya secara lebih rasional dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Perasaan kurang yakin juga kini bertukar kepada perasaan sangat yakin.

Apa yang paling penting semasa mengikuti program pelayaran ini ialah saya dapat melihat transformasi berlaku dalam diri saya dari segi sikap, emosi, sosial dan juga intelek. Melalui program ini, saya dapat melihat peningkatan jati diri saya di mana saya menjadi lebih berdisiplin dan mementingkan pengurusan masa yang betul. Keyakinan diri saya juga semakin betambah, manakala dari segi emosi pula, saya telah mempelajari kemahiran menguruskan emosi dengan lebih berkesan. Selain itu juga kesedaran maritim juga secara tidak langsung telah timbul di sanubari saya di mana saya kini telah mula mencintai aktiviti-aktiviti air. Ini adalah merupakan faedah-faedah yang diperolehi saya semasa menikuti program pelayaran ini di mana saya merupakan produk baru yang telah dididk melalui program ini.

Harapan saya adalah semoga semua pelatih dpaat menjadi seorang warga pendidik yang bertanggungjawab, serba boleh serta fleksibel. Semoga program berfaedah seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang. Kepada semua jurulatih, wakil-wakil dan pegawai BPG, krew-krew KLD Tunas Samudera serta rakan pelatih, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala budi baik dan penglibatan kalian dalam mendidik kami sepanjang program pelayaran ini. Syabas dan tahniah. Selamat maju jaya.

Disediakan oleh;

Collin Lee Kin Hong

Peserta KLD Tunas Samudera Voyage 237/09 (24 Mac - 2 April 2009)

IPGM Kampus Rajang, Sarawak.


Che' E Dalam Kenangan...


Dalam Kenangan... Che' E ketika bersama-sama jurulatih-jurulatih dan 24 orang peserta KLD Tunas Samudera Voyage 237/09 semasa Kursus Pra-Pelayaran di Pulau Pangkor, 21-24 Mac 2009 yang lepas.


DENGAN SANGAT SEDIH DINYATAKAN BAHAWA SDRA KITA, PN.ROSELINA YUSUF (Che' E), Penolong Pengarah di Unit Ko-Kurikulum, BPG (merangkap Penyelaras Program Pelayaran KLD Tunas Samudera KPM-BPG Voyage 237/09) TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SEJURUS WAKTU ZOHOR JUMAAT, 7 OGOS LALU DI HOSPITAL SERDANG SETELAH BERTARUNG DLM KOMANYA SEJAK RABU . MARILAH KITA MENDOAKAN ROH BELIAU SENTIASA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT. (http://kaunselor-kaunseling.blogspot.com/)

Post by All Members of KLD Tunas Samudera; Its hard to believe that she had left us cuz we respect her and admire her so much... she taught us lots of things during our pre-voyage... on the last day of our voyage, she didn't managed to be with us for our reflection session because of some reasons that she couldn't avoid ... thought that we could meet her on our up-coming reunion since we planned it... But then.. knowing that God loves her more, we are willing to accept the fact that she can't be with us for our up-coming reunion..
once again.. all condolence from KLD Tunas Samudera voyage 237/09 trainees to our beloved Pn. Roselina's family... We'll gonna miss her so much... but then... she'll remain alive in our hearts...

Kami, seluruh warga IPGM Kampus Rajang mengucapkan takziah kepada keluarga Che' E di atas pemergian arwah. Sesungguhnya kita telah kehilangan sebutir permata yang sukar dicari ganti khususnya buat seluruh warga pendidik sekalian. Semoga roh beliau sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

YDP IPGM Kampus Rajang
(Peserta KLD Tunas Samudera Voyage 237/09)



Khamis, Ogos 06, 2009

Notis Mesyuarat JPP

Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 10 Ogos 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 pm
Tempat : Bilik 5 (Blok A)

Antara agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
i. Aktiviti-aktiviti JPP
ii. Laporan Ketua-ketua Biro
iii. Hal-hal lain

Kehadiran semua ahli Exco JPP sesi 2009/2010 adalah wajib. Terima kasih.

'Ke Arah Kepimpinan Yang Unngul Dan Cemerlang'

Isnin, Ogos 03, 2009

Majlis Sambutan Hari Guru, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Bulan Bahasa 2009

Gambar Atas ; Antara barisan VIP yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Guru, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat IPGM Kampus Rajang 2009. Dari kiri ; En. Ho Chiek Heng (KJ Sains Sosial), En. Mohamed Rahmat b. Md Yasin (Timbalan Pengarah), En. Nicholas Ugul (Tn. Pengarah), En. Mat Kamal b. Abd. Majid (KJ HEP), dan Tn. Hj. Kamarul Ariffin b. Din (KJ Pengajian Melayu).

Gambar Bawah ; Untuk Album 2009.. Barisan staf akademik IPGM Kampus Rajang bergambar bersama-sama dengan Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah.

Bintangor, 24 Julai 2009.  Masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik kerana yang pasti setiap hari adalah hari guru. Satu majlis untuk meraikan hari guru telah diadakan di IPGM Kampus Rajang pada 24 Julai 2009 (Jumaat). Bahang kemeriahannya amat terasa sekali apabila sambutan hari guru tahun ini turut disambut secara serentak dengan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan pelancaran Bulan Bahasa peringkat IPGM Kampus Rajang. Sambutan Hari Guru dan pelancaran Bulan Kemerdekaan serta Bulan Bahasa peringkat IPGM Kampus Rajang 2009 telah disempurnakan oleh Encik Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang.

Dalam majlis tersebut perutusan dari Pengarah BPG dibaca dan dihayati dengan penuh minat oleh setiap warga IPGM Kampus Rajang sebagai panduan kepada generasi pendidik. Lagu Guru Malaysia, Sejahtera Malaysia dan Budaya Membaca dialunkan dengan penuh semangat oleh setiap warga yang hadir yang datang dari segenap pelusuk negeri di Malaysia sebagai simbolik kepada sambutan serentak Hari Guru serta Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Bulan Bahasa 2009. Selain itu, Ikrar Guru turut dilafazkani demi meneruskan usaha murni untuk berbakti kepada ibu pertiwi.

Dalam majlis yang sama, Pengarah IPGM Kampus Rajang, YBhg En. Nicholas Ugul telah menegaskan bahawa pembangunan modal insan yang teratur dan tersusun memerlukan insan guru yang mengamalkan nilai profesionalisme yang tinggi. Komitmen ini telah digariskan di dalam PIPP iaitu memartabatkan profesion keguruan. Komitmen ini hendaklah diterjemahkan oleh pihak guru melalui tindakan mereka di sekolah. Justeru, pihak guru perlu menggunakan masa mengajar yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya menerusi perancangan dan perlaksanaan yang sempurna. Mengakhiri ucapannya, beliau menaruh harapan yang besar kepada bakal-bakal guru baharu agar dapat bersikap lebih positif dalam tugas mereka di sekolah kelak dan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas dengan cemerlang serta menjayakan agenda-agenda besar negara.

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan pentomin dari pelajar yang mengisahkan sanjungan yang diberi terhadap jasa guru diikuti dengan majlis penyampaian cenderamata kepada semua pensyarah daripada barisan guru pelatih.

Sejurus selesai sahaja majlis sambutan dan pelancaran, karnival sukaneka telah dijalankan di mana acara-acara seperti tarik tali, bowling padang (menggunakan buah kelapa), ikat kaki, tiup belon dan juga berjalan menggunakan batu-bata turut dipertandingkan. Acara-acara ini telah disertai oleh para pelajar, staf-staf sokongan dan juga staf-staf akademik. Pada sebelah petangnya pula, sambutan hari guru turut dimeriahkan lagi dengan Karnival Sukan yang disertai oleh pensyarah, guru pelatih dan staf sokongan. Antara acara-acara sukan yang dipertandingkan termasuklah futsal, bola tampar dan juga bola jaring. Acara kemuncak sambutan hari guru IPGM Kampus Rajang turut diserikan lagi dengan pertandingan akhir tarik tali yang menemukan pasukan Staf menentang pasukan PISMP PJ di mana keputusannya ialah pasukan PISMP PJ telah berjaya menumbangkan pasukan Staf. Selesai sahaja pertandingan akhir tarik tali, upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg En. Mohamed Rahmat b Md Yasin, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang bertempat di Astaka IPGM Kampus Rajang. Jamuan juga turut disediakan kepada semua staf dan pelajar di PULAKO sejurus selesainya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka dan karnival sukan.
-Guru Pembina Negara Bangsa-

Gotong-Royong Perdana IPGM Kampus Rajang

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..
Gambar Atas ; Pelajar-pelajar IPGM Kampus Rajang berganding bahu bersama-sama dalam membantu menjayakan aktiviti gotong-royong.

Gambar Bawah ; Tn. Timbalan Pengarah turut sama menjayakan aktiviti gotong-royong kali ini.

8 Julai 2009: Seluruh warga IPGM Kampus Rajang telah sama-sama turut serta bergotong-royong membersihkan kawasan padang dan astaka bermula jam 2.30 petang hingga 4.15 petang dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah IPGMK Rajang, En. Mohamed Rahmat Md. Yasin. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah membersihkan astaka, mencantas dahan-dahan pokok di sekitar kolam dan padang bola sepak dan seterusnya membersihkan dahan-dahan yang telah dicantas. Menurut, En. Mohamed Rahmat, beliau amat berpuas hati dengan kesungguhan setiap warga IPGMK Rajang dalam acara bergotong-royong tersebut. Ini menunjukkan semangat kerjasama dan kecintaan kepada institut yang tinggi di kalangan warganya.

Berita dan Foto oleh : Nin Bin Nabari

Selamat Datang Pelajar Baharu PPISMP Julai 2009


Kami warga IPGM Kampus Rajang mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu PPISMP Ambilan Julai 2009 ke kampus hijau kami. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu PPISMP Ambilan Julai 2009 kerana telah berjaya melalui dengan jayanya minggu pengurusan pelajar baharu dari 13-17 Julai 2009.