Aktiviti Akan Datang...
Isnin, November 16, 2009
Selamat Bercuti & Selamat Maju Jaya Buat KPLI Jan. 09/PISMK-OUM
Selasa, November 03, 2009
'Talent Time Nite'
Tetamu Undangan... Dari kiri; En. Mat Kamal b. Abd. Majid, KJ HEP; Tn. Hj. Mat Akhir b. Hj. Abdullah, Timbalan Pengarah; dan Tn. Hj. Olen b. Tabor, Ketua Warden Unit Kediaman
Sempena Karnival Kediaman Pelajar, Unit Kediaman HEP IPGM Kampus Rajang dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah menganjurkan malam “Talent Time” yang bertujuan untuk mencungkil bakat para guru pelatih dalam bidang nyayian. Malam “Talent Time” merupakan salah satu aktiviti sempena Karnival Kediaman Pelajar.
Malam “Talent Time” telah diadakan pada 23 Oktober 2009. Aktiviti bermula pada pukul 8.00 malam. Malam “Talent Time” telah mendapat penyertaan yang mengalakkan daripada ramai pelajar. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan, iaitu kategori solo yang terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan, kategori duet, dan kategori berkumpulan ataupun ‘live band’.
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar IPGM Kampus Rajang. Kategori solo telah mendapat 8 penyertaan. Manakala kategori duet pula telah mendapat 5 penyertaan dan liveband atau berkumpulan mendapat 5 penyertaan. Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sokongan yang amat mengalakkan daripada seluruh warga kampus.
Pada malam tersebut, Tuan Timbalan Pengarah telah dijemput untuk memeriahkan Malam “Talent Time”. Kehadiran Tuan Timbalan Pengarah serta KJ HEP telah menyemarakkan lagi Malam 'Talent Time'. Saudara Zachary dan Saudari Erma Syarmila telah mempengerusikan Malam “Talent Time” dengan jayanya.
Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar. Malam “Talent Time” telah dihadiri oleh seluruh warga kampus. Untuk menghakimi pertandingan, pihak penganjur telah menjemput pensyarah yang berpengetahuan luas dalam bidang muzik. En Sagim Suar telah dijemput untuk menjadi ketua hakim disamping Puan Ling Ching Rou dan Puan Florina Sigay. Di akhir pertandingan penganjur telah menjemput Puan Florina sebagai penyanyi jemputan sementara menunggu keputusan pertandingan di umumkan.
Pengerusi majlis telah mengumumkan keputusan pertandingan pada malam tersebut. Untuk kategori solo, tempat pertama dimenangi oleh Saudari Marwyn Wahyuni yang mendendangkan lagu Nirmala, Tempat Kedua jatuh kepada Saudara Frederick dengan lagu Perpisahan dan Tempat Ketiga Saudara Mohd Shahrizan dengan lagunya Retorik Cinta.
Untuk kategori duet pula, johan telah disandang oleh Saudara Chance dan Frederick yang mendendangkan lagu Nyabak Sebulan, tempat kedua Kumpulan Significant dengan lagunya Heaven, dan tempat ketiga Kumpulan Double A dengan lagunya Kehebatan Cinta.
Kemuncak pertandingan adalah untuk kategori Berkumpulan dan Live Band. Tempat pertama dimenangi oleh Live Band yang mengelarkan diri mereka sebagai The Night Strangers yang membawa lagu medley Cinta Dalam Hati dan Bila Rasa Ini Rasaku. Untuk tempat kedua telah jatuh kepada persembahan akustik iaitu Kumpulan Inveders dengan Medley PSV. Manakala tempat ketiga telah disandang oleh Kumpulan The Fives Signs dengan lagunya, Lagu Untukmu.
Malam “Talent Time” berakhir sebaik sahaja keputusan di umumkan. Hadiah pertandingan hanya akan diserahkan bila berakhirnya Karnival Kediaman Pelajar. Di harap pertandingan seperti ini akan di adakan pada tahun-tahun akan datang kerana pertandingan seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga kampus di samping dapat mengasah bakat -bakat terpendam para pelajar.
Laporan Oleh; Nur Asmah Bt. Ishak, Ketua JK Pengelola 'Talent Time Nite'
Rabu, Oktober 28, 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Rajang Sesi 2009/2010 ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar KPLI Ambilan Januari 2009, PISMK-OUM, PISMP dan PPISMP. Buat semua rakan guru pelatih yang bakal menduduki ujian yang akan bermula pada 3 November sehingga 19 November 2009, muatkanlah minda kita dengan bekalan ilmu yang secukupnya untuk bertempur di medan peperiksaan yang bakal menjelma. Semoga kita semua akan dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Selamat maju jaya.
“Ke Arah Kepimpinan Yang Unggul Dan Cemerlang”
Selasa, Oktober 27, 2009
Perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat IPGM Kampus Rajang
Ucapan Penganjur... Ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Tuan Haji Kamarul Ariffin Bin Din, KJ Pengajian Melayu IPGM Kampus Rajang
Pada hari Rabu, 21 Oktober yang lalu bertempat di Dewan Sri Rajang, satu perhimpunan khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGM Kampus Rajang telah diadakan. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah IPGM Kampus Rajang beserta Timbalan beliau serta para pensyarah dari setiap jabatan dan semua guru pelatih.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dan para pensyarah dan guru-guru pelatih mengambil tempat duduk. Majlis kemudiannya dihadiri serta dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengarah IPGM Kampus Rajang, Encik Nicholas Ugul diiringi oleh Yang Berusaha Timbalan Pengarah Tn Hj Mat Akhir bin Hj Abdullah yang merupakan timbalan pengarah baru IPGM Kampus Rajang. Turut mengiringi mereka ialah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Mat Kamal bin Majid dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Din.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu “ Negaraku” oleh para hadirin dan disusuli pula dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Kemudiannya pula Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Haji Kamarul Ariffin Bin Din selaku pengerusi majlis tersebut. Selesai ucapan beliau, Yang Berbahagia Pengarah IPGM Kampus Rajang, Encik Nicholas Ugul pula berucap sekaligus merasmikan penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGM Kampus Rajang.
Seterusnya para hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu “Bahasa Jiwa Bangsa” dan “Budi Bahasa Budaya Kita” beramai-ramai. Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu-lagu rakyat oleh guru-guru pelatih PISMP dan PPISMP.
Selesai persembahan tersebut, majlis penyampaian hadiah juga diadakan bagi menyampaikan hadiah dan saguhati kepada para pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan bahasa iaitu pertandingan menulis Cerpen Remaja, pertandingan mendeklamasi puisi, pidato dan penyampaian saguhati kepada peserta-peserta debat ala parlimen. Para peserta juga terdiri daripada guru-guru pelatih PISMP dan PPISMP Ambilan 2007-2009.
Majlis kemudiannya berakhir kira-kira jam 9.00 pagi dan para hadirin bersama-sama menyanyikan lagu “Sarawak Ibu Pertiwiku” dan “Rajang Berbakti”. Majlis bersurai.
Laporan Oleh ; S/U PISMP BM Sem 6
Isnin, Oktober 26, 2009
Selamat Bertandang dan Selamat Bertugas di IPGM Kampus Rajang
Teks Ucapan YDP JPP Sempena Perpindahan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang
Yang Berbahagia, En. Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang, Yang Dihormati, En. Mohamed Rahmat B. Md Yasin, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang, Yang Berusaha, En. Mat Kamal b. Abdul Majid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit serta rakan pelajar yang saya hormati sekalian.
Selamat pagi, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia;
Terlebih dahulu, bersyukur kita ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Sri Rajang ini di dalam majlis Perhimpunan Khas sempena perpindahan Timbalan Pengarah kita pada pagi ini.
Justeru, saya mewakili semua pelajar ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan, khusus kepada Tuan Timbalan Pengarah, En. Mohamed Rahmat b. Mat Yasin yang akan berpindah dalam beberapa hari lagi diatas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang beliau berada di IPGM Kampus Rajang ini. Sesungguhnya beliau telah berkhidmat di sini sejak dari tahun 2004 lagi.
Tentu sekali di dalam perkhidmatan beliau yang begitu panjang, ada jasa-jasa besar yang telah dicurahkan yang menjadi tinta emas di dalam sejarah perkembangan dan pembangunan IPGM Kampus Rajang, khasnya dalam memartabatkan profesion keguruan.
Sesungguhnya beliau turut bersama-sama berganding bahu, menggembleng tenaga serta mencanang idea di dalam merealisasikan Visi IPGM Kampus Rajang iaitu untuk menjadikan IPGM Kampus Rajang sebagai Pusat Pendidikan Guru Yang Berkualiti Untuk Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia selain untuk mencapai misi kampus, iaitu untuk Melaksanakan Pendidikan Keguruan Bagi Melahirkan Guru Yang Berketerampilan Untuk Memenuhi Aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai pelajar IPGM Kampus Rajang dan juga secara peribadi, saya merasa amat bertuah dan berbangga kerana beliau telah menjalankan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi sepanjang beliau berkhidmat di sini selain mempunyai perwatakan yang mesra dan prihatin terhadap anak-anak didiknya. Sepanjang beliau berkhidmat di sini, hasil gandingan mantap beliau bersama dengan Tuan Pengarah yang amat berdedikasi dan disegani iaitu, En. Nicholas Ugul, IPGM Kampus Rajang telah mencipta pelbagai kecemerlangan, juga telah berjaya merealisasikan ciri-ciri keinstitusiannya, terutamanya sebagai ‘pedagogical reference centre’ di kalangan pendidik-pendidik sekitar, pusat rujukan akademik, malah juga telah berjaya membuka ruang dan peranan institut kepada masyarakat luar melalui pelbagai program kemasyarakatan.
Tuan-tuan, Puan-puan, saudara-saudari sekalian,
Akhir kata, saya bagi pihak seluruh pelajar IPGM Kampus Rajang ingin memohon seribu kemaafan di atas segala ketelanjuran kami. “Gading mana yang tidak retak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.” Sebelum mengakhiri ucapan saya, izinkan saya untuk menghadiahkan 2 rangkap pantun yang ditujukan khas kepada Tuan Timbalan Pengarah kita.
“Di sana padi di sini padi,
Itulah nama sawah dan bendang,
Disana budi disini budi,
Baru sempurna bernama orang”
“Kalau ada pauh di daik,
Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang”
Selamat maju jaya. Jagalah kesihatan dan semoga berbahagia selalu. Sekian, Terima kasih.
Ahad, Oktober 25, 2009
Selaut Kasih...Sepantai Sayang
Cenderahati untuk kenang-kenangan... Cenderahati daripada semua pelajar buat En. Mohamed Rahmat b. Md Yasin.
Selaut Kasih..Sepantai Sayang.. En. Mohamed Rahmat Bin Md Yasin, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang yang berkhidmat dari 1 November 2004 - 15 Oktober 2009
Ucapan Penghargaan... En. Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang menyampaikan ucapan penghargaan kepada En. Mohamed Rahmat Bin. Md Yasin yang bakal berpindah ke IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Barisan VIP... Dari kiri; En. Mohamed Rahmat bin Md. Yasin, Timbalan Pengarah; En. Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang; dan Cik Habibu Bt. Morsili, K/U Kebajikan dan Sosial JHEP.
Barisan Pensyarah dan pelajar... Para pensyarah IPGM Kampus Rajang dan juga para pelajar yang menghadiri Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Timbalan Pengarah.
Memang tuah mendatang dirasai oleh semua warga IP Rajang apabila dikhabarkan bahawa En. Mohamed Rahmat b. Md Yasin (MRMY) akan bertandang ke IP Rajang sebagai Timbalan Pengarah ketika itu (2004).
Jumaat, Oktober 16, 2009
Rabu, Oktober 14, 2009
With Best Wishes... Happy Deepavali
Khamis, Oktober 01, 2009
Sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009
Selasa, September 29, 2009
Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Tuan Timbalan Pengarah
Notis Mesyuarat JPP
Tarikh : 30 September 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pm
Tempat : Bilik 5 (Blok A)
Antara agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
i. Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Tuan Timbalan Pengarah
ii. Laporan Ketua-Ketua Biro
iii. Hal-hal lain
Kehadiran semua ahli Exco JPP sesi 2009/2010 dan semua Ketua Kumpulan KPLI, PISMK-OUM, PISMP dan PPISMP adalah wajib. Terima kasih.
'Ke Arah Kepimpinan Yang Unngul Dan Cemerlang'
Selasa, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Jumaat, September 11, 2009
Visi IPGM Kampus Rajang
Misi IPGM Kampus Rajang
Piagam Pelanggan IPGM Kampus Rajang
Kami warga IPGM Kampus Rajang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:
- memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap proses pendaftaran yang dilaksanakan;
- memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti program pengurusan pelajar baru yang dilaksanakan;
- memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
- memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
- memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti GERKO;
- memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap praktikum;
- memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap bimbingan dalam tutorial peribadi;
- memastikan sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus;
- memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
- menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/Diploma Pendidikan kepada lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
- menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah tiga bulan sebelum mereka menamatkan kursus;
- memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima;
- elaun pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada BPG kecuali bulan Januari;
- menyediakan guru permulaan yang:
- berkemahiran mengajar bidang pengkhususan masing-masing;
- berkebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggungjawabkan;
- mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.
Rabu, September 09, 2009
Sekitar Simulasi "Warm Up & Cool Down"
Mahir... Para pelajar IPGM Kampus Rajang membuat simulasi "Dynamic Stretching, Static Stretching, dan PNF Stretching"