Aktiviti Akan Datang...

1. Perhimpunan Bulanan 1/2010 (6 Januari 2010) -telah dilaksanakan
2. Slot Pengisian Bersama KJ HEP (13 Januari 2010) -telah dilaksanakan
3. Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan Pengarah (12-14 Januari 2010) -telah dilaksanakan
4. Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI Ambilan Januari 2010 (18 Januari 2010) -telah dilaksanakan
5. Majlis Perasmian MPPB KPLI Januari 2010 (18-22 Januari 2010)
6. Malam Kebudayaan MPPB KPLI Januari 2010 (20 Januari 2010) -telah dilaksanakan
7. Majlis Penutupan MPPB KPLI Januari 2010 (22 Januari 2010) -telah dilaksanakan
8. Slot Pengisian Bersama Jabatan PJK (27 Januari 2010)

Selasa, September 29, 2009

Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Tuan Timbalan Pengarah

Tarikh : 7 Oktober 2009
Masa : 7.30 am
Tempat : Dewan Sri Rajang

Tertib Majlis :

7.30 am - Para Pelajar mengambil tempat
- Para pensyarah mengambil tempat

7.40 am - Ketibaan Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah diiringi Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, para pensyarah dan barisan JPP

7.45 am - Nyanyian Lagu 'Negaraku'
- Bacaan doa
- Ucapan Wakil Pelajar, Saudara Collin Lee K.H
- Ucapan Tuan Pengarah, En. Nicholas Ugul
- Ucapan Timbalan Pengarah, En. Mohamed Rahmat Bin Md. Yasin
- Persembahan Video "Selayang Pandang"
- Penyampaian Cenderamata dari para pelajar
- Penutup ; Nyanyian lagu 'Ibu Pertiwiku'
Nyanyian lagu 'Rajang Berbakti'
- Majlis Bersurai

Notis Mesyuarat JPP

Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 30 September 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pm
Tempat : Bilik 5 (Blok A)


Antara agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
i. Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Tuan Timbalan Pengarah
ii. Laporan Ketua-Ketua Biro
iii. Hal-hal lain


Kehadiran semua ahli Exco JPP sesi 2009/2010 dan semua Ketua Kumpulan KPLI, PISMK-OUM, PISMP dan PPISMP adalah wajib. Terima kasih.

'Ke Arah Kepimpinan Yang Unngul Dan Cemerlang'


Selasa, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Teristimewa buat seluruh warga IPGM Kampus Rajang yang beragama Islam,

"Tangan dihulur jari disusun,
Salah dan silap harap diampun..."

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin. Moga bergembira dengan penuh kesyukuran di hari mulia ini..

Ikhlas daripada :
JPP IPGM Kampus Rajang
Sesi 2009/2010

Jumaat, September 11, 2009

Visi IPGM Kampus Rajang

Pusat Pendidikan Guru Yang Berkualiti Untuk Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia.

Misi IPGM Kampus Rajang

Melaksanakan Pendidikan Keguruan Bagi Melahirkan Guru Yang Berketerampilan Untuk Memenuhi Aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Piagam Pelanggan IPGM Kampus Rajang

Kami warga IPGM Kampus Rajang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  1. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap proses pendaftaran yang dilaksanakan;
  2. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti program pengurusan pelajar baru yang dilaksanakan;
  3. memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
  4. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
  5. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti GERKO;
  6. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap praktikum;
  7. memastikan kepuasan pelajar mencapai sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap bimbingan dalam tutorial peribadi;
  8. memastikan sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus;
  9. memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
  10. menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/Diploma Pendidikan kepada lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
  11. menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah tiga bulan sebelum mereka menamatkan kursus;
  12. memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima;
  13. elaun pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada BPG kecuali bulan Januari;
  14. menyediakan guru permulaan yang:
  • berkemahiran mengajar bidang pengkhususan masing-masing;
  • berkebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggungjawabkan;
  • mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.

Sekitar Pertandingan Nasyid & Konsert Ramadhan

TARIKH : 11 September 2009
MASA : 2.30 pm
TEMPAT : Dewan Sri Rajang






Rabu, September 09, 2009

Sekitar Simulasi "Warm Up & Cool Down"


TARIKH : 9 September 2009
MASA : 7.30 am
TEMPAT : Dewan Sri Rajang

Sesi Perkongsian.. Ketua Jabatan PJK IPGM Kampus Rajang, Dr. Ong Kong Swee berkongsi kepada semua pelajar mengenai kepentingan dan cara yang betul ketika melakukan "Warming Up dan Cooling Down"

Mahir... Para pelajar IPGM Kampus Rajang membuat simulasi "Dynamic Stretching, Static Stretching, dan PNF Stretching"

Fokus... Pelajar yang terlibat yang terdiri daripada semua pelajar KPLI, PISMK-OUM, PISMP dan PPISMP sedang tekun mendengar penerangan daripada KJ PJK dan barisan fasilitator.

Isnin, September 07, 2009