Aktiviti Akan Datang...

1. Perhimpunan Bulanan 1/2010 (6 Januari 2010) -telah dilaksanakan
2. Slot Pengisian Bersama KJ HEP (13 Januari 2010) -telah dilaksanakan
3. Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan Pengarah (12-14 Januari 2010) -telah dilaksanakan
4. Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI Ambilan Januari 2010 (18 Januari 2010) -telah dilaksanakan
5. Majlis Perasmian MPPB KPLI Januari 2010 (18-22 Januari 2010)
6. Malam Kebudayaan MPPB KPLI Januari 2010 (20 Januari 2010) -telah dilaksanakan
7. Majlis Penutupan MPPB KPLI Januari 2010 (22 Januari 2010) -telah dilaksanakan
8. Slot Pengisian Bersama Jabatan PJK (27 Januari 2010)

Khamis, Mei 28, 2009

Sekitar Mesyuarat dan Diskusi Bersama KJ HEP

TARIKH : 27 Mei 2009
MASA : 8.00 pm
TEMPAT : Bilik Seroja
KJ HEP, En. Mat Kamal b. Abd Majid bersama dengan Pensyarah Penyelaras JPP IPGM Kampus Rajang, Cik Habibu bt. Morsili dan Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling, En. Abd. Hadi Hj. Ishak ketika mempengerusikan mesyuarat pertama JPP sesi 2009/2010.
FOKUS...Ahli JPP memberi sepenuh perhatian terhadap agenda-agenda yang diperbincangkan... Semoga sesi diskusi dan perkongsian bersama KJ HEP kali ini dapat menjadi pemangkin dan metamorfosis terhadap segala gerak kerja JPP.

Selasa, Mei 26, 2009

Notis Mesyuarat Bersama KJ HEP

Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat JPP bersama KJ HEP akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh    : 27 Mei 2009 (Rabu)
Masa      : 8.00 pm
Tempat  : Bilik Seroja

Kehadiran semua ahli JPP sesi 2009/2010 adalah wajib. Terima kasih.

"Ke Arah Kepimpinan Yang Unggul Dan Cemerlang"

Isnin, Mei 25, 2009

-PENGUMUMAN- Mesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc Khidmat Komuniti PLKN 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa pelatih-pelatih PLKN dari Kem Bumimas, Sibu akan menjalankan khidmat komuniti di institut kita pada 27 Mei ini. Oleh itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc mengenai aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 25 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 2.00 pm
Tempat : Bilik 5 (Blok A)

Kehadiran semua AJK adalah wajib. Sekian, terima kasih.

"Ke Arah Kepimpinan Yang Unggul Dan Cemerlang"

Ahad, Mei 24, 2009

Ruangan Komentar Untuk Penambahbaikan Organisasi JPP 2009/2010



Salam Perpaduan,

Kami dari pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009/2010 ingin memberi peluang kepada semua warga IPGM Kampus Rajang atau individu-individu yang ingin memberikan apa-apa cadangan atau komen secara profesional melalui blog ini. Diharapkan segala komen dan cadangan yang diutarakan disertakan sekali dengan cara pelaksanaan dan penambahbaikannya. Segala komen dan cadangan yang diutarakan akan di buat penilaian semula agar sedikit sebanyak dapat membantu dalam penambahbaikan organisasi ini.

Sebarang komentar dan cadangan bolehlah diutarakan di Ruangan Interaksi atau komen anda. Segala kerjasama daripada pihak anda amatlah kami hargai dalam mengukuhkan lagi organisasi ini dalam menjaga kebajikan para guru pelatih sekalian. Terima kasih.

"KE ARAH KEPIMPINAN YANG UNGGUL DAN CEMERLANG"

Selamat Menjalani Peperiksaan, Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Gawai Dayak/Kaamatan


kampung-sesok.blogspot.com - Gawai Card


JPP IPGM Kampus Rajang ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan dan selamat bercuti kepada semua rakan guru pelatih seluruh negara.
Tidak lupa juga ucapan khas Selamat Menyambut Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan untuk semua guru pelatih dan kakitangan IPGM Kampus Rajang yang meraikan festival ini.

-PENGUMUMAN PENTING- Refleksi dan Laporan Sepanjang Menghadiri Kursus Kepimpinan JPP Zon Sarawak 2009

Perhatian kepada semua Ketua Biro yang telah menghadiri Kursus Kepimpinan JPP Zon Sarawak 2009. Sila serahkan laporan dan refleksi anda kepada pemangku SUAK selewat lewatnya pada 22 Jun 2009.
Laporan dan refleksi tersebut amat diperlukan sebagai bukti anda menghadiri kursus ini serta untuk tujuan peningkatan. Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Sabtu, Mei 23, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi




IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa

Terima Kasih Cikgu


Salam...

Pada tanggal 16 Mei 2009 kita bakal meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2009 yang bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa". Di sini saya mewakili seluruh warga guru pelatih IPGM Kampus Rajang ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia. Tidak lupa juga kepada semua warga IPGM Kampus Rajang, terutamanya kepada Yg. Berbahagia Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, para pensyarah serta semua rakan guru pelatih.

Kepada semua bakal guru Malaysia, bertuahnya kita kerana disambut sebegini rupa setiap tahun. Laksanakan kewajipan anda sebaik-baiknya. Itu amanah dan tanggungjawab kita.



JPP Sesi 2008/2009





Tak Kenal, Maka Tak Cinta

Luas tapak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang adalah seluas 32.3 hektar. IPGM Kampus Rajang terletak 16 km dari Bandar Bintangor, 31 km dari Bandar Sarikei dan 80 km dari Lapangan Terbang Sibu. Ia dibina pada tahun 1965 di bawah Rancangan Colombo. Dirasmikan pada 31 Oktober 1967 oleh Gabenor/TYT Pertama Sarawak, Tun Abang Haji Openg Abang Safiee.

ALAMAT :
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Rajang,
Jalan KJD,
96509 Bintangor,
Sarawak.

TEL : 084-691910 ATAU 084-691514
FAKS : 084-691913

video

Lagu Rasmi IPGM Kampus Rajang - Rajang Berbakti

video