
Salam...
Pada tanggal 16 Mei 2009 kita bakal meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2009 yang bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa". Di sini saya mewakili seluruh warga guru pelatih IPGM Kampus Rajang ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia. Tidak lupa juga kepada semua warga IPGM Kampus Rajang, terutamanya kepada Yg. Berbahagia Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, para pensyarah serta semua rakan guru pelatih.
Kepada semua bakal guru Malaysia, bertuahnya kita kerana disambut sebegini rupa setiap tahun. Laksanakan kewajipan anda sebaik-baiknya. Itu amanah dan tanggungjawab kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih atas perhatian dan komen membina anda.