Aktiviti Akan Datang...

1. Perhimpunan Bulanan 1/2010 (6 Januari 2010) -telah dilaksanakan
2. Slot Pengisian Bersama KJ HEP (13 Januari 2010) -telah dilaksanakan
3. Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan Pengarah (12-14 Januari 2010) -telah dilaksanakan
4. Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI Ambilan Januari 2010 (18 Januari 2010) -telah dilaksanakan
5. Majlis Perasmian MPPB KPLI Januari 2010 (18-22 Januari 2010)
6. Malam Kebudayaan MPPB KPLI Januari 2010 (20 Januari 2010) -telah dilaksanakan
7. Majlis Penutupan MPPB KPLI Januari 2010 (22 Januari 2010) -telah dilaksanakan
8. Slot Pengisian Bersama Jabatan PJK (27 Januari 2010)

Ahad, Mei 24, 2009

Ruangan Komentar Untuk Penambahbaikan Organisasi JPP 2009/2010



Salam Perpaduan,

Kami dari pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009/2010 ingin memberi peluang kepada semua warga IPGM Kampus Rajang atau individu-individu yang ingin memberikan apa-apa cadangan atau komen secara profesional melalui blog ini. Diharapkan segala komen dan cadangan yang diutarakan disertakan sekali dengan cara pelaksanaan dan penambahbaikannya. Segala komen dan cadangan yang diutarakan akan di buat penilaian semula agar sedikit sebanyak dapat membantu dalam penambahbaikan organisasi ini.

Sebarang komentar dan cadangan bolehlah diutarakan di Ruangan Interaksi atau komen anda. Segala kerjasama daripada pihak anda amatlah kami hargai dalam mengukuhkan lagi organisasi ini dalam menjaga kebajikan para guru pelatih sekalian. Terima kasih.

"KE ARAH KEPIMPINAN YANG UNGGUL DAN CEMERLANG"

3 ulasan:

  1. Salam. Saya mencadangkan agar kepimpinan JPP 2009/2010 ini membawa suara pelajar dan janganlah menjadi boneka lagi.

    Adalah mustahak utk diadakan majlis khas watikah perlantikan JPP sedangkan di IPGM lain diadakan. Inilah masa utk memperkenalkan JPP kpd mahasiswa kampus dan masa utk JPP mengaku kesetiaan dan lafaz sumpah jawatan mereka.

    Saya harap cadangan ini akan diadakan. Jika tidak, hak suara pelajar yg telah mengundi dikebelakangkan kerana mereka tidak mengenali siapa JPP mereka.

    BalasPadam
  2. -Kpda Tanpa Nama- Terima kasih di atas segala pandangan dan cadangan anda. Phk kami telah mengambil perhatian terhadap perkara tersebut dan phk kami telah pun dlm proses untuk melaksanakan Kertas Kerja Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan pada tahun ini. Segala informasi dan maklumat terkini akan saya salurkan di dalam blog ini. Tq.

    BalasPadam
  3. Saya berharap mesin fotostat dapat disediakan kepada penggunaan para pelajar. Ini adalah remeh kalau hendak photostat terpaksa ke bintangor?

    BalasPadam

Terima Kasih atas perhatian dan komen membina anda.