Aktiviti Akan Datang...

1. Perhimpunan Bulanan 1/2010 (6 Januari 2010) -telah dilaksanakan
2. Slot Pengisian Bersama KJ HEP (13 Januari 2010) -telah dilaksanakan
3. Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan Pengarah (12-14 Januari 2010) -telah dilaksanakan
4. Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI Ambilan Januari 2010 (18 Januari 2010) -telah dilaksanakan
5. Majlis Perasmian MPPB KPLI Januari 2010 (18-22 Januari 2010)
6. Malam Kebudayaan MPPB KPLI Januari 2010 (20 Januari 2010) -telah dilaksanakan
7. Majlis Penutupan MPPB KPLI Januari 2010 (22 Januari 2010) -telah dilaksanakan
8. Slot Pengisian Bersama Jabatan PJK (27 Januari 2010)

Ahad, Ogos 09, 2009

Refleksi Sepanjang Mengikuti Pelayaran KLD Tunas Samudera Voyage 237/09



Sepanjang mengikuti program pelayaran bersama KLD Tunas Samudera siri 237/09 ini, saya telah melalui pelbagai pengalaman yang berharga, tidak kurang juga pengalaman yang manis dan tidak kurang juga pengalaman pahit yang sukar dilupakan. Pengalaman berlayar selama 10 hari bersama-sama rakan pelatih dan juga krew-krew kapal telah banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar, dimana hidup ini adalah saling memerlukan dan semangat kekitaan itu amat penting dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah.

Melalui pelayaran ini juga, saya dapat mengenali diri saya sendiri secara lebih dekat dan mendalam. Melalui pengalaman ini, saya dapat mengetahui apakah kekuatan dan juga kelemahan diri saya yang sebenarnya. Antara kekuatan saya yang telah saya ketahui semasa mengikuti pelayaran ini adalah saya senang menyesuaikan diri dalam pergaulan dan persekitaran. Pendek kata, saya lebih kepada sikap fleksibel dalam pergaulan dan persekitaran. Saya menyedari bahawa kita perlu mengadaptasikan diri terhadap persekitaran, bukannya membiarkan persekitaran menguasai kita. Walaupun saya merupakan satu-satunya pelatih yang berbangsa Cina dan juga berasal dari Sarawak, latar belakang itu tidak menghalang saya dari bergaul dan bersosial dengan pelatih-pelatih lain dengan lebih dekat dan malah lebih mesra lagi. Malah saya dapat merasakan semangat bangsa Malaysia itu semakin menebal di antara kami, sekaligus mengikis sikap buruk prasangka terhadap satu sma lain. Sepanjang pelayaran juga, saya tidak pernah berasa terasing dan disisihkan kerana suasana dan budaya bertegur sapa, kasih sayang, menghargai orang lain serta amalan kerjasama itu sentiasa dipraktikkan semasa berada di dalam kapal.

Mengharungi cabaran lautan bersama KLD Tunas Samudera juga benyak mengajar saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya. Kalau dahulu saya tidak dapat mengawal emosi dengan baik, kini secara tidak langsung saya dapat mengawal emosi saya secara lebih rasional dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Perasaan kurang yakin juga kini bertukar kepada perasaan sangat yakin.

Apa yang paling penting semasa mengikuti program pelayaran ini ialah saya dapat melihat transformasi berlaku dalam diri saya dari segi sikap, emosi, sosial dan juga intelek. Melalui program ini, saya dapat melihat peningkatan jati diri saya di mana saya menjadi lebih berdisiplin dan mementingkan pengurusan masa yang betul. Keyakinan diri saya juga semakin betambah, manakala dari segi emosi pula, saya telah mempelajari kemahiran menguruskan emosi dengan lebih berkesan. Selain itu juga kesedaran maritim juga secara tidak langsung telah timbul di sanubari saya di mana saya kini telah mula mencintai aktiviti-aktiviti air. Ini adalah merupakan faedah-faedah yang diperolehi saya semasa menikuti program pelayaran ini di mana saya merupakan produk baru yang telah dididk melalui program ini.

Harapan saya adalah semoga semua pelatih dpaat menjadi seorang warga pendidik yang bertanggungjawab, serba boleh serta fleksibel. Semoga program berfaedah seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang. Kepada semua jurulatih, wakil-wakil dan pegawai BPG, krew-krew KLD Tunas Samudera serta rakan pelatih, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala budi baik dan penglibatan kalian dalam mendidik kami sepanjang program pelayaran ini. Syabas dan tahniah. Selamat maju jaya.

Disediakan oleh;

Collin Lee Kin Hong

Peserta KLD Tunas Samudera Voyage 237/09 (24 Mac - 2 April 2009)

IPGM Kampus Rajang, Sarawak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih atas perhatian dan komen membina anda.

Catat Ulasan