Aktiviti Akan Datang...

1. Perhimpunan Bulanan 1/2010 (6 Januari 2010) -telah dilaksanakan
2. Slot Pengisian Bersama KJ HEP (13 Januari 2010) -telah dilaksanakan
3. Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan Pengarah (12-14 Januari 2010) -telah dilaksanakan
4. Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI Ambilan Januari 2010 (18 Januari 2010) -telah dilaksanakan
5. Majlis Perasmian MPPB KPLI Januari 2010 (18-22 Januari 2010)
6. Malam Kebudayaan MPPB KPLI Januari 2010 (20 Januari 2010) -telah dilaksanakan
7. Majlis Penutupan MPPB KPLI Januari 2010 (22 Januari 2010) -telah dilaksanakan
8. Slot Pengisian Bersama Jabatan PJK (27 Januari 2010)

Ahad, Oktober 25, 2009

Selaut Kasih...Sepantai Sayang

Sekitar Majlis Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang, En. Mohamed Rahmat Bin Md Yasin.

Tarikh : 7 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Rajang

Cenderahati untuk kenang-kenangan... Cenderahati daripada semua pelajar buat En. Mohamed Rahmat b. Md Yasin.

Selaut Kasih..Sepantai Sayang.. En. Mohamed Rahmat Bin Md Yasin, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang yang berkhidmat dari 1 November 2004 - 15 Oktober 2009

Ucapan Penghargaan... En. Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang menyampaikan ucapan penghargaan kepada En. Mohamed Rahmat Bin. Md Yasin yang bakal berpindah ke IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Ucapan Khas Pelajar... YDP JPP IPGM Kampus Rajang, Sdra. Collin Lee menyampaikan ucapan wakil pelajar.

Barisan VIP... Dari kiri; En. Mohamed Rahmat bin Md. Yasin, Timbalan Pengarah; En. Nicholas Ugul, Pengarah IPGM Kampus Rajang; dan Cik Habibu Bt. Morsili, K/U Kebajikan dan Sosial JHEP.

Barisan Pensyarah dan pelajar... Para pensyarah IPGM Kampus Rajang dan juga para pelajar yang menghadiri Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Timbalan Pengarah.

Memang tuah mendatang dirasai oleh semua warga IP Rajang apabila dikhabarkan bahawa En. Mohamed Rahmat b. Md Yasin (MRMY) akan bertandang ke IP Rajang sebagai Timbalan Pengarah ketika itu (2004).

Beliau yang ketika itu bertugas sebagai KJ PJK di IPTAR pula diselubungi dengan pelbagai kebimbangan untuk menjejeakkan kaki ke IP Rajang. Ini memandangkan, untuk sampai ke IP Rajang ketika itu, setiap orang terpaksa menaiki kereta, kereta pula terpaksa menaiki feri. Akhirnya, setelah berbincang dengan ahli keluarga, beliau mengambil keputusan nekad dan bersetuju untuk bertandang dan menyumbang bakti untuk membangunkan IPR semenjak 1 November 2004.

Kini, setelah 5 tahun berada di IPGM Kampus Rajang, beliau menyatakan rasa bersyukur dan gembira kerana dapat berkhidmat di IPGM Kampus Rajang. Rasa kesyukuran dan tuah di sini tambah bermakna apabila dapat berkhidmat dengan seorang pengarah yang cukup berwibawa dan sentiasa mempunyai visi serta misi terkehadapan iaitu En. Nicholas Ugul. Sepanjang berkhidmat di sini, beliau dpat merasakan keserasian dalam pelbagai aspek setiap kali merancang, merencana dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pembangunan institut.

Dari segi peribadinya, En. MRMY yang berkelulusan Master Science daripada Universiti Leeds, England ini merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Berkelulusan awal daripada Universiti Pertanian Malaysia dalam Diploma Sains Dengan Pendidikan membuatkan beliau terpanggil untuk terus berada di universiti berkenaan sehingga akhirnya dianugerahkan dengan Ijazah Sains Dengan Kepujian pada tahun 1975.

Setelah menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah, beliau menabur khidmat pertamanya sebagai guru di Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Perkhidmatan cemerlang beliau dihargai apabila beliau dilantik sebagai Ketua Bidang Sains dan seterusnya sebagai Penolong Kanan SMK Sri Menanti pada tahun 1987. Pada tahun 1992, beliau telah diberi kepercayaan oleh BPG Kuala Lumpur untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah di Sektor Pengambilan Pensyarah BPG.

Minat yang mendlam dalam bidang keguruan menyebabkan beliau menerima tawaran sebagai pensyarah IPG di Maktab Perguruan Sains Bintulu ketika itu. Setelah berkhidmat selama 6 tahun di MP Sains Bintulu, dengan kecemerlangan khidmat dan kemampuan dalam setiap tugas yang dilaksanakan, pada tahun 1997, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pensyarah Cemerlang. Anugerah tersebut telah melayakkan beliau dilantik sebagai Pensyarah Pakar G2 Bidang Sains dan Biologi pada tahun yang sama.

Setelah MP Sains Bintulu dipindahkan ke Kota Samarahan dengan nama baru MaktabPerguruan Tun Abdul Razak (MPTAR), beliau telah dilantik sebagai Ketua Unit Sains pada tahun 1999, seterusnya KJ PJK sehingga tahun 2004. Jawatan sebagai KJ di MPTAR terpaksa dilepaskan apabila beliau diarahkan menabur bakti di IPGM Kampus Rajang.
apabila ditanya tentang prinsip hidupnya, beliau menyatakan prinsip hidupnya cukup mudah..
"Bekerjalah dengan niat yang jujur, ikhlas dan kerana Allah. Jika melakukan tugasan, janganlah sekali-kali mengharapkan pujian dan balasan. Apabila berkhidmat, biar sepenuh hati. Alang-alang buat, lakukan hingga cemerlang. Jika ingin melakukan sesuatu yang luar biasa, perlu bersedia untuk melakukan lebih daripada tindakan biasa."

Akhirnya, En. MRMY menyatakan perasaan bangganya kerana kini IPGM Kampus Rajang telah mencipta pelbagai kecemerlangan, telah berjaya merealisasikan ciri-ciri keinstitusiannya, terutama sebagai 'pedagogical reference centre' di kalangan pendidik-pendidik sekitar, pusat rujukan akademik, malah juga telah berjaya membuka ruang dan peranan institut kepada masyarakat luar melalui pelbagai program kemasyarakatan.

Selain daripada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengarah IPGM Kampus Rajang kerana mengamalkan ciri-ciri keterbukaan dan memberi ruang kepadanya untuk sama-sama menyumbang idea ke arah pembangunan infrastruktur dan fizikal IPGM Kampus Rajang. Beliau terut berkongsi kebanggaan dan kepuasan apabila IPGM Kampus Rajang kini telah menjadi rujukan, contoh dan 'benchmarking' kecemerlangan oleh beberapa institut lain di Malaysia dan pelbagai institusi kerajaan dan swasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih atas perhatian dan komen membina anda.